Dah lama aku tak update cerita terbaru pasal trip mancing ke, port mancing ke.. so kali ni aku nak story tentang trip yang baru2 ni aku organize ngan member2 aku. Port yang aku cadangkan kali ni ialah Empangan Sembrong berdekatan ngan pekan Ayer Itam. Kalu mengikut cakap member aku, nak masuk kawasan ni nak ikut Ayer Itam boleh, ikut Yong Peng pun boleh. Tapi aku ikut jalan Ayer Itam je lah sebab jalan nya tak berapa teruk berbanding masuk ikut Yong Peng. Trip kali ni aku plan memancing sambil camping sekali memandangkan port yang dicadangkan agak syok untuk ber'camping'.
Pada tarikh 2 Julai, lebih kurang pukul 1 petang kitorang bergerak menuju tempat yang dah dirancang. Perjalanan memakan masa lebih kurang sejam setengah je, sampai je kat pekan Ayer Itam, kitorang singgah dulu di kedai mancing yang berhampiran untuk membeli barang2 pancing yang masih belum cukup, sambil tu kitorng benti untuk mengisi perut yang kosong. kitorang sampai dilokasi memancing lebih kurang pukul 4 setengah petang.
Sesampai je kitorang kat Empang Sembrong, sume dah rasa excited sangat nk memancing, tapi kitorng kene setup dulu tempat untuk tapak khemah sebelum gelap.
Selesai setup tapak khemah je, kitorang tak tunggu lame terus setup joran masing2 pulak untuk memancing. Time tu semua dah mengelupur nak casting lah, nak pacak dasar lah, setup pelampung lah, mcm2 skill yg ditunjukkan, lagak macam pemancing pro je hehehe.
Tapi satu perkara yang paling aku suke tentang tempat ni ialah, view nye sangat2 cantik, lagi2 time senja, memang feel lah tempat ni.
Pada sebelah malan kitorng wat aktiviti bese lah orang camping, barbeque lah ape lagi. Selain bbq, makanan asasi org gi mancing xlain adalah megi hehehe.
Walaupun misi kali ni gagal disebabkan kitorang gagal menaikkan ikan, tapi kitorg agak enjoy lah sebab feel bercamping tu ade lah jugak. Mengikut kata orang2 yang biasa memancing disana, bende ni berlaku bile empangan dibuka untuk membuang air yang berlebihan, kalu tak, setakat baung n lampan tu senang2 je nk bawak balik. Kata brader tu lagi, tempat tu memang banyak ikan seperti rohu, belida, toman, kaloi, patin, sembarau, talapia, dan saiz2 ikan tersebut memang sangat2 puas hati. Rekod brader 2 kat sane toman seberat 11 kilo! Mungkin kitorang tak bernasib baik, salah timing lah kitorang datang, tapi kitorng akan kembali untuk misi balas dendam, so nantikan akan datang The Return To Sembrong dalam edisi akan datang. jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment