Nuffnang Ads

Tuesday, November 2, 2010

Fungsi Kekili dan Joran

JORAN memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan trip memancing. Ada tiga jenis joran asas yang anda perlu fikir dan peroleh sebagai permulaan hobi anda.

Joran pertama perlu diambil kira ialah pancing pelampung. Ia digunakan khusus melontar umpan yang ringan dengan pelampung bagi mengesan gigitan ikan. Joran ini sesuai pada saiz antara 12 dan 13 kaki (3.4 hingga 4 meter) dengan berat 170 hingga 200 gram.

Pada masa sama, anda mungkin memerlukan joran khas untuk mencari spesies kap atau memancing di sungai seperti bagi pemburuan kelah, sebarau dan spesies seumpamanya.

Untuk kes ini, cari joran 12 kaki (3.6 meter) dengan lengkung yang diuji seberat 700 hingga 800 gram. Lengkung yang diuji adalah untuk merujuk kekuatan joran berkenaan. Dengan sukatan 800 gram, mungkin ini akan menyebabkan joran melentur sehingga 90 darjah.

Kemudian, pemilihan mesin atau kekili juga sangat penting. Kekili jenis ‘centre-pin’ sesuai untuk memancing di sungai, mesin multiplier untuk tugasan berat atau ikan besar manakala mesin ‘closed-face’ untuk tali halus dan memancing dalam angin kencang.

Banyak jenis mesin ada di pasaran. Anda bagaimanapun dinasihatkan membeli jenama terkenal sekali gus seimbang dengan joran.
Dalam hal pembelian mesin atau kekili, rujuk kepada rakan yang senior atau hardcore untuk mendapatkan nasihat dan panduan pembeliannya. Mereka juga boleh mencadangkan nama kedai yang patut anda pergi.
Anda juga sebenarnya perlu tahu maksud ‘bearing’, ‘gear ratio’ dan ‘line capacity’ yang biasa tertulis pada kotak mesin. Semua istilah ini perlu diketahui bagi membolehkan anda membeli mesin yang menepati pilihan dan keperluan.

Pada masa sama, istilah pada joran juga perlu diketahui. Maksud ‘length’, ‘PWR’, ‘GFC Action’, ‘line test’ dan ‘lure WT’ adalah antara istilah yang perlu difahami.

Semua istilah ini adalah panduan tepat dan kekuatan yang diuji bagi semua jenis mesin dan joran
 
 info: www.catch-fish.blogspot.com

Wednesday, October 27, 2010

Jelajah Pancing Gelang Patah

   Disebabkn gian yang amat sgt untuk memancing dan dalamasa yang sama nak mengurangkan kos (xnk naik bot/kelong), so aku merancang satu trip gile untuk menjelajah area Gelang Patah dan mencari pot yg terbaik untuk memancing. Pada 24 Okt 2010 yg jatuh pada hari Ahad lalu, aku bersama 3 lagi member ( Naim, Boy dan Ayel) memulakan trip gile kami. Untuk pengetahuan, kami cume mengguna kn umpan udang je untuk trip kali ini.
    Tepat pukul 9 pagi kami bergerak ke destinasi pertama iaitu di Kg. Pendas Baru, di sebabkan tak pernah menjejakkan kaki di tempat itu, kami bergantung sepenuhnye kepada teknologi GPS untuk kami sampai ke tempat tersebut (tq Naim sbb ko ade gadget yg bagus tu hehe) dan kami sampai kt Kg. Pendas lebih kurang pukul 10 stgh pagi. Air masih lagi pasang ketika kami sampai, dengan rasa xsabar nye kami trus mencapai joran masing2 dan terus melabuhkan joran kami. Hasil yg kami dapat di pot yg pertama agak mengecewakan lh, jd kami merancang untuk bertukar ke pot lain pula.



    Setelah puas membuang masa di Kg. Pendas, kami mengambil keputusan untuk mencari pot yg lain, pot yg di cadangkan ialah Kg. Melayu Tebing Runtuh. agak puas jg mencari pot yg kedua ni, skali lg tq kepada Naim untuk gadget yg sgt bagus tu, dpt juga kami mencari pot yg dituju. Di pot yg kedua air dh mula surut dan kami terus mencuba nasib dgn melabuh kn joran masing2, tp kami lg kecewa rupenye di pot yg kedua ni dsebabkn air yg dah mula surut, so tak ada ikan pun yg sangkut di mata kail kami. rupenye bagus lagi mancing kt Kg. Pendas, sekurang2 nye naik lh juga sembilang.
    Akhirnye kami membuat keputusan untuk pergi ke pot yg terakhir dlm jelajah kami hari itu, iaitu di Puteri Harbour, Kota Iskandar. setiba nye di Puteri Harbour, kami melilau mencari pot untuk melabuhkan joran, ingatkan kami je yg melilau, rupenye ada satu lagi grup mancing sedang mencari pot, jadi kami pun mengekor jelh dari belakang dorng, nasib baik dorg jumpe pot yg dicari2 tu, tp agak jauh jugalah dari tmpat kami parking kete, tp disebabkn semangat nk memancing masih ada, kami gagahkan juga untuk melangkah walaupun jauh.




    Di pot yg terakhir ni air juga dh mula surut, tp xmelemahkan semangat kami berempat, kami terus melabuhkan joran dan hasilnye tak sampai 10 minit, joran Boy diragut. Ikan yg berjaya dinaikkan ialah ikan Ketarap lebih kurang seberat sekilo, semangat kami mula naik, dan hasil seterusnye ikan duri pinang yg berjaya di naik kan oleh Naim, Ayel pun berjaya menaikkan seekopr ikan baji. Aku? aku dpt naikkan ikan tekuk je huwaaaaa... Bengang betul aku. Masa menunjukkan pukul 6 stgh petang, jadi kami mengambil keputusan untuk pulang, aku sampai kat umah tepat kul 7 stgh petang.. Tp aku memasang niat untuk kembali ke Puteri Harbour. Aku nak repeat balik ngan ikan2 kt situ, tunggu je lh aku datang time air pasang nnt, aku nk mancing sampai lebam kt situ HAHAHAHA!!! (gelak jahat)



Monday, October 18, 2010

Satu joran cukup untuk menakluk satu lautan

KITA sering berdepan dengan kerenah nafsu hingga mendorong dan mendesak kepada hasrat untuk membawa seberapa banyak peralatan ketika turun memancing. Akibatnya, perkakasan itu memenuhi segenap ruang dalam bot atau dalam kereta dan van ketika dalam perjalanan ke jeti.

Ada sesuatu yang menarik ketika berbual dengan seorang pemancing veteran dari perkampungan nelayan di Besut, Terengganu baru-baru ini. Dia hanya cuma membawa beberapa peralatan memancing yang difikirkan perlu untuk satu-satu masa. Cara ini sudah tentu dianggap lebih selesa dan kita tidak perlu memikirkan untuk membuat pilihan yang terlalu banyak ketika di atas bot.

Sikap dan amalan ini dianggap paling sesuai. Justeru, saya mencadangkan kepada semua kaki pancing terutama kaki pancing udang galah di sungai supaya tidak mengamalkan membawa joran pancing sehingga sepuluh batang yang diikat dalam satu berkas macam kayu api!

Adalah lebih sesuai dan munasabah dengan menggunakan dua batang joran saja jika memancing di laut. Malah sikap membawa terlalu banyak joran juga dirasakan tidak selesa jika joran disambar ikan serentak.

“Tentu kelam kabut dibuatnya,” kata pemancing veteran itu yang mendapat gelaran Pokde Deris sambil menggayakan dua belah tangan menjulang joran pancing.

“Habis (kalau terlalu banyak joran) macam mana nak gulung tali?” katanya sambil ketawa besar mengingatkan peristiwa benar yang berlaku pada dirinya ketika muda dulu.

Sambil meletakkan dua batang joran lamanya di lantai serambi rumah, dia menggeleng kepala kerana terlepas dua rezeki yang sudah berada dalam tangan kerana tidak dapat mengawal kedua-dua jorannya dengan baik.

“Kalau satu joran, kata adat dah tentu mangsa dapat didaratkan. Tetapi ada yang tamak maka rezeki terlepas begitu saja,” suaranya kesal lalu mengingatkan kepada semua kaki pancing supaya tidak menggunakan joran pancing lebih dari dua batang dalam satu-satu masa.

Cara ini juga tidak menyusahkan rakan pancing yang lain selain tidak banyak tali yang dilabuhkan ke dasar yang boleh mengundang tali tersangkut antara satu sama lain dalam keadaan arus yang kadang-kadang bertukar sekelip mata.

Justeru, daripada pengalaman Pokde Deris adalah lebih jelas dan baik untuk kita menjadikan petua amalan dengan membawa peralatan memancing secara terhad demi memberikan keselesaan kita yang hendak memancing dan tidak mengganggu rakan pancing yang lain. Ini sekali gus tidak membawa beban yang berat kerana tidak semua peralatan berkenaan di gunakan pada satu-satu masa.

Keselesaan perlu diambil kira untuk memancing bukan beban yang banyak di bawa ketika hendak turun memancing sama ada di kolam, tasik, muara mahupun laut dan sungai.

info: akuamy (pancing.net)

Thursday, October 14, 2010

Tiga waktu terbaik untuk memancing

Bertanyakan waktu paling baik untuk menjalankan aktiviti memancing di laut selain kena lubuknya, umpan dan air pasang surut maka beberapa pakar veteran nelayan yang sempat ditemui sependapat bahawa masa paling sesuai untuk memancing ialah pada waktu senja sebelum matahari terbenam di kaki langit, tengah malam dan waktu awal pagi sebelum terbit fajar.

Tiga waktu pilihan yang disebutkan di atas berdasarkan pengalaman nelayan yang hidup mereka sebati dengan laut atau paling tepat diterjemahkan bahawa laut adalah pintu rezeki mereka. Kerana itu pelbagai usaha dilakukan bagi mengenal pasti untuk meraih rezeki seharian pada tahap maksimum.

Justeru, Petua kali ini cuba mengaitkan tiga faktor masa yang disebutkan di atas untuk kita berkongsi sambil menentukan arah tuju petua lama dan baru yang boleh diguna pakai pada zaman moden ini.

Walaupun perubahan sentiasa berlaku, petua tetap petua. Cuma soal mengamalkan petua itu saja yang mula dilupakan oleh generasi muda hari ini, termasuklah tekong dan pemancing muda (tidak semua). Ini kerana peralatan moden seperti pengesan GPS dan sonar dalam banyak kelebihan berjaya mematahkan keupayaan petua. Namun bukan semua petua dapat dipatahkan kerana petua adalah amalan yang dihasilkan daripada gerak rasa serta suasana sekeliling dan alam semula jadi.

Petua kembali semula pada tiga masa terbaik memancing sekali pun tidak pada musim air mati. Waktu senja pilihan pertama, kerana pada waktu ini ikan akan keluar mencari makan dan akan berada dalam kawasan karang, lubuk atau tukun.

Pilihan kedua pada waktu tengah malam. Ini kemungkinan ada spesies ikan besar keluar mencari makanan seperti anak ikan sama ada di dasar laut mahu pun di permukaan air yang dihuni oleh banyak spesies ikan kecil bermain. Tetapi ada risikonya mengenai arus air yang deras yang bakal kita hadapi.

Terbaik ialah pada waktu awal pagi yang bermula 4 hingga 6 pagi. Ini kerana pada waktu itu ikan akan keluar semula mencari makan dalam keadaan lebih ganas. Begitulah pengakuan orang lama yang sudah sebati hidupnya dengan laut.

Ada juga yang memilih air mati yang ada kalanya berbeza dari satu kawasan dengan kawasan lain. Tetapi petua tetap petua dan baik untuk diamalkan.

Carilah tiga waktu ini untuk memancing di lubuk, karang atau tukun yang sudah dikenal pasti selain faktor umpan terbaik dan teknik memancing juga perlu dilakukan selaras dengan cita rasa alam sekitarnya bagi menjamin tangkapan lumayan

info: wira angkasa (pancing.net)

Tuesday, October 12, 2010

Memancing Di Rakit Kuala Masai

Bile dah stat mancing, kaki2 mancing yang lain lak asyik nak bakar je. masing2 ngaku juara mancing lah, paling hebat lah, skill paling bagus lah dan mcm2 lagi lah. Ada juga kaki2 lain yang merungut tak ajak dorang pergi mancing bile dah tengok gamba2 yang aku upload kat fesbuk aku. so aku plan nak organize satu lagi trip memancing. Tarikh memang awal2 aku dah pilih, cuma tempat je lah terpaksa aku tukar last minit disebabkan cuaca dan keadaan air yang tak berapa nak cantik lah. Plan asal aku memang nak pergi Pulau 5 kat Sg. Rengit, Kota Tinggi, tp terpaksa tukar port baru kat Rakit Kuala Masai. Walaupun tukar plan last minit, hasil memancing kat Rakit Kuala Masai tu leh tahan gak. Trip kali ni yang join ade 10 orang je lah, member tempat keje campur ngan member taman. Ada di antara yang gi aritu memang betul2 beginner, so dorg punye excited nak mancing kat rakit tu xdapat nak di bayang kan ngan kata2. Kepada Naim, Awal, walaupun korang level beginner tp hasil korang lh yang paling banyak, bese lah "beginners luck" hehe.. Kepada Boy Rojak, Ijal, Shah Janggut, Yunos, Norman, Ijam dan Nazri, korg lum sampai tahap amatur pun lagi hahahaha..... see ya in another trip..








Memancing Di Kg. Nelayan, Sedili.

Aku ni memang suka memancing, banyak juga lah tempat yang aku dah pernah pergi mancing. Tapi disebabkan kesibukkan kerja dan masalah kewangan yang terhad, lama juga aku terpaksa menahan diri untuk pergi memancing. Joran aku kat rumah pun asyik "bergegar" je menantikan tuannya nak beraksi. Tapi atas desakan kawan2 yang juga dah lame menahan gelodak nak pergi memancing, so aku pun organize lah satu trip memancing. Pada 21 ogos 2010 kitorng dah sepakat nk pergi juga mancing. Trip kali ini cume kawan2 tempat kerja je yang join, ada jugak lah dlm 12 org. tempat yang aku pilih ialah Kg. Nelayan, Sedili. Kitorg bukan setakat mancing kt Kg. Nelayan tu je, siap gi mancing atas jambatan lagi. Hasil aritu pun kurang memuaskan tapi sekurang2nya dapat juga lah mengubat kerinduan nak memancing hehehe..Anyway, yang penting aku ENJOYYYY... hahaha...